Pengurusan dalam Pendidkan Jasmani

Posted on: Wednesday, Dec 21, 2011

1.Keagresifan dalam sukan – tindakan yg sbbkan kecederaan kpd org lain @ kerosakan kpd objek. a) Instrumental – capai matlamat / ganjaran b) Reaktif – utk cederakan orang lain / mengikut emosi c) Punca – psikologi (provokasi, emosi,jangkaan perlakuan kasar, kurang pengetahuan) – Persekitaran (lokasi prtdngan, cuaca, keputusan, aspek keselamatan, skukan brbtk kontak) – Biologi (adrenalin, steroid, fisiologi)

2.Politik (harapan negara drpd sukan) – mendapat keuntungan, perebutan jawatan tertinggi dalam sukan, mendapatkan hak penganjuran sukan bertaraf dunia.

3.Cara mengumpul dana – geran kerajaan, sumbangan ahli, yuran penyertaan peserta, tajaan pihak-pihak luar, yuran ahli, pelaburan, jualan tiket.

4.Keagresifan dalam sukan, bagaimana pihak pengurusan hendak menguruskan masalah penyokong. – sistem keselamatan ketat, pisahkan penyokong pasukan lawan, galakkan role model yang baik, anugerah permainan bersih, hukuman tindakan agesif.
8 tahap pengurusan sukan

a)      Planning (merancang)

b)      Organizing (mengelola / menyusun) – 4 prinsip pengelolaan :

-          Wujudkan pembahagian tugas dan delegasikan tanggungjawab

-          Kekalkan hierarki autoriti

-          Bentuk panduan-panduan tingkah laku

-          Buat keputusan pentadbiran berdasarkan kebolehan bukan personaliti seseorang

c)       Staffing (uruskan kakitangan)

d)      Directing (mengarah) – pentadbir pastikan kakitangan jalankan tugas ikut cara yang boleh membawa kepada pencapaian objektif.

e)      Co-ordinating (menyelaras)

f)       Reporting (melapor)

g)      Budgeting (merancang belanjawan)

h)      Penilaian – menilai perancangan sukan secara keseluruhan untuk menentukan pencapaian objektif sukan

i)        Kawalan – pastikan hasil tindakan memenuhi matlamat yang ditetapkan seberapa tepat yang boleh

 

5.Cara utk mendapatkan dana,
geran kerajaan, sumbangan ahli, yuran penyertaan peserta, tajaan pihak-pihak luar, yuran ahli, pelaburan, jualan tiket

6. Pengurusan stor sukan

Ciri-ciri penyusunan stor –

a)      Alat berat di bhagian bawah

b)      Alat tajam susun menegak dan bahagian tajam menghala ke bawah

c)       Alat logam perlu dikeringkan bagi elakkan karat

d)      Alat kayu perlu dikeringkan bagi elakkan reput

e)      Peralatan mahal (jam randik, pita ukur) simpan dalam almari berkunci

f)       Peralatan perlu dilabelkan

g)      Peralatan besar jangan diletakkan di atas benda yang lembut

Kriteria stor sukan –

a)      Ruang – saiz yg sesuai lbh kurang 300 kaki persegi

b)      Rak – senang untuk simpan dan ambil peralatan

c)       Lokasi – berhampiran pdg, mudah ambil dan simpan, tidak terpencil.

d)      Tingkap – elakkan tingkap besar yg blh sbbkan alat rosak krn tidak tahan panas

e)      Siling – 8 hingga 10 kaki, bergantung kpd alatan

f)       Peredaran udara – alat tahan lama, elak bau, benarkan pengaliran udara

g)      Keselamatan – kukuh, susunan brdsrkan berat, alat tajam letak menegak

h)      Pintu – cukup luas utk mudah keluar & masuk alat

 

7. Liabiliti – pihak yang bertanggungjawab atas kerosakan harta benda atau nyawa yang berpunca daripada kecuaian atau perlakuan yang tidak bertanggungjawab.

8. Salah guna bahan – guna bhn terlarang dgn niat utk dptkan kelebihan(tgktkan kelajuan, kekuatan, daya tahan, koordinasi, prestasi mental, kesakitan)

Perangsang – beri tenaga & ketahanan (daya tahan) sebabkan suhu badan meningkat, tgkt kadar prnafasan, dnytan nadi, tekanan darah, kurang berat badan, krgkan pgalrn darah

Analgesik nakotik – legakan kesakitan – sbbkan sgt ghairah, hlg imbgn dan koordinasi,pening, muntah, sembelit.

Diuretik – glkkan hlg air dan garam dr gnjal – utk tgktkan pmbuangan air smntara utk ujian timbang – sbbkan pening, muntah, pengsan, dehidrasi

 

Menutup aurat sering menjadi perbualan kita hari ini. Sebut je
soal menutup aurat cepat-cepat orang melenting. Ada yang mengatakan
“ikut dialah, dosa dia”. atau “jangan jaga tepi kain orang” atau “kubur lain-lain”

Semua ini persepsi salah atau lebih kasar lagi belajar tidak habis.
Kita sebagai haba Allah mestilah sentiasa menegur dan menasihati antara satu sama lain.
hal ini kerana Nabi sendiri sentiasa berdakwah mengajak umatnya mentaati Allah.
Kalau golangan yang tidak menutup aurat tidak ditegur maka kita juga yang bertanggungjawab kerana
tidak tegurnya atau memberi nasihatnya. Hidup di dunia ini adalah hidup bermasyarakat oleh itu janganlah
melenting bila ditegur supaya menutup aurat.

Satu lagi jawapan bila ditegur menutup aurat iaitu “nantila , tutup aurat kenalah ikhlas kerana Allah bukanya kerana orang”
Jawapan ini sangat mudah diucapkan. Kita kena tahu dosa tetap dikira walaupun kamu bercakap sedemikian.
Seseorang itu akan tanggun dosa n pahalanya bila baligh. Oleh itu tidak ada alasan bagi kita tidak menutup aurat.

Kalau susah nak faham macam nilah, sebagai contoh kenapa kita tidak pegang duit di tangan sahaja. kenapa
perlunya ada beg duit, kan menyusahkan nak duit kena buka beg duit bagi mengeuarkannya. tetapi ia menjadi kemestian
bagi kita bagi melindungi duit daripada dirompak atau dicuri.

Oleh itu sama juga dengan menutup aurat. Kita menutup aurat bagi melingdungi diri kita daripada api neraka. Kalau kita berfikiran seperti
nescayanya kita tidak sesekali membiarkan aurat kita dipertontonkan kepada khalayak ramai.

Marilah kita sama-sama berkempen menutup aurat..

sekian.

Al quran panduan hidup

Posted on: Monday, Aug 23, 2010

Al-Quran panduan hidup

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut tujuan tanah, air, api, dan udara atau sebagainya adalah berguna kepada manusia. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, siapakah yang dapat menjelaskan tujuan hidup jika tidak Allah SWT sendiri?

Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya mereka yang berpengetahuan tentangnya.

Demikianlah tujuan hidup manusia. Mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia, iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah (para rasul) yang ditugaskan untuk memandu manusia, bagaimana hidup ini perlu diselaraskan menurut kehendak Allah SWT.

Justeru jurupandu kepada umat ini ialah para ambiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berpandukan al-Quran.

Sehubungan itu, bersempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini (1431H), maka seluruh kehidupan ini hendaklah mengambil pengajaran darinya. Antaranya mengambil ingatan sebaiknya kerana bulan Ramadhan merupakan bulan penurunan al-Qur an. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas sepertimana firman Allah SWT:

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). “

Surah al-Baqarah, ayat 185.

Memahami tujuan hidup

Posted on: Sunday, Aug 15, 2010

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Surah al-Baqarah, ayat 183.

Memahami tujuan hidup

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa sebarang masalah akan dirujuk kepada pawang atau bomoh.

Selalu juga berlaku, sebahagian atau segelintir orang mengambil langkah penyelesaian kepada pelbagai masalah itu dengan cara mengadu kepada kuasa lain selain Allah SWT. Cara itu adalah khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua itu menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara fitrahnya, manusia perlu kepada Tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapa yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya Tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui Tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan jasad manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Dengan kata lain, manusia diseru agar mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Pengabdian kepada Allah SWT merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Pencipta.

Sumber :

Menteri Besar Kelantan.

Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza

Posted on: Monday, Jun 28, 2010

Kali ini saya membawakan beberapa catatan yang berkaitan dengan fahaman dan pengaruh politik yang berbeza di Malaysia. Kita harus sedar kewujudan perkara ini dalam negara kita..klik download untuk keterangan lanjut ..download

kes ragut lagi…

Posted on: Saturday, Apr 24, 2010

Kejadian ragut zaman sekarang semakin menjadi jadi. Kita mestilah perihatin dan sentiasa berwaspada dengan kejadian seperti ini. Mangsa kejadian ragut ini tidak mengira umur budak, dewasa hatta sekali nenek budak. Pada masa yang sama tempat kes ini berlaku hampir meliputi segenap ruang di Malaysia. Dahulu boleh kita katakan kes ragut berlaku di kawasan bandar terutamanya Kuala Lumpur, tetapi pada masa sekarang kejadian ini juga berlaku di kampung dan pekan terpencil.

Hal ini berlaku berlandaskan sebab yang tertentu. Antaranya

-          Kurangnya kesedaran dalam kalangan Masyarakat.

-          Tidak tahu cara melindungi diri daripada kejadian ini.

-          Sikap yang tidak berwaspada semasa berada diluar rumah.

Saya rasakan kejadian ragut yang tidak terkawal ini, ibaratkan berada di sebuah perkampungan lanun. Teringat pula saya tentang kejadian perlanunan di Somalia. Habis kapal yang lalu dirembat mereka.

Secara keseluruhannya mari kita sama berwaspada bila anda berada diluar rumah. Kalau anda belum menjadi rakan cop, cepat – cepatlah daftar untuk sama – sama kita membendung kejadian ini.

Penajaan dalam sukan

Posted on: Friday, Apr 23, 2010

  1. Penajaan

Penaja adalah individu atau organisasi yang menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan atau sebarang sebagai sokongan kepada acara sukan yang dilaksanakan.

Oleh itu penajaan dalam sukan di Malaysia amatlah penting bagi meningkatkan prestasi sukan tanah air. Di bawah merupakan beberapa isu semasa berkaitan dengan penajaan dalam sukan

Isu semasa Atlet : JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang

Malah, MSN (Majlis Sukan Negara) banyak membantu saya dalam aspek ini, termasuk memberikan biasiswa untuk menampung yuran pengajian di sana,” katanya selepas bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, di Putrajaya semalam.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata kementerian akan memberikan sokongan penuh dan mengucapkan selamat berjaya pada Azizul yang bakal menyambung pengajiannya di sana.

“Kita akan memberikan segala bantuan yang diperlukannya. Kita akan lihat apa lagi bantuan yang boleh disalurkan kepadanya andai ia tidak diliputi oleh MSN dan kerajaan Terengganu.

“Pada masa sama, kementerian akan turut membantu daripada segi mencari penajaan kerana kementerian merasakan tidak ada masalah, bagi atlit negara ditaja oleh mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan.

“Pada Jelajah Malaysia yang berakhir semalam, Annuar Manan beraksi untuk Universiti Azad, Iran. Untuk atlit lain, kita tiada sebarang masalah untuk membenarkan mereka mendapat tajaaan, malah akan turut membantu mencari penaja,” katanya.

ISU SEMASA TABUNG DANA

Mengenai tabung berkenaan yang dicadangkan dibiayai daripada hasil cukai rokok, kata beliau: “Setakat ini kita melihatnya sebagai alternatif untuk membangunkan sukan negara memandangkan banyak syarikat pengeluarnya pernah terlibat menaja bola sepak, badminton dan sepak takraw.

kata Ahmad Shabery: “Buat masa ini biarlah kita tumpukan kepada rokok sahaja dengan pengalaman lalu mereka menaja beberapa sukan tertentu.”

Teknik pengurusan kendiri

Posted on: Thursday, Apr 22, 2010

Tajuk yang hendak dikupas ini merupakan  salah satu tajuk yang utama dan penting bagi seseorang guru yang cemerlang. Perkara ini boleh anda teliti setelah download file ini..

Pengurusan Bilik Darjah

Posted on: Wednesday, Apr 21, 2010

Pengurusan bilik darjah amat penting bagi mengawal keadaan kelas semasa proses pnp berlangsung…

download..

Komunikasi dalam bilik darjah

Posted on: Tuesday, Apr 20, 2010

Komunikasi merupakan aspek yang paling utama. Yang mana bertindak sebagai medium utama yang menyampaikan mesej guru….download

About this blog

Malorum prompta volutpat eum ut, ei dicta vocent prodesset cum. Ut mei alienum probatus scribentur, noluisse vituperata dissentias ex vis, usu nisl porro euripidis no. Iuvaret detraxit ne vim, usu hinc dicat qualisque ad.